Friday, August 15, 2014

My Wife Is A Gangster
----------------------------
Part : 296

Jam di tangan menunjukkan hampir 7.30 pagi, aku bersiap siap untuk pergi ke tempat kerja dan setelah selesai bersalaman, tiba tiba isteriku bertanyakan satu soalan di luar logik akal manusia yang tidak pernah terdetik di benak fikiranku. "Bang, boleh tak sayang nak berhubung dengan kawan lama sayang? Dia sama-sama belajar kat IKBN tempat sayang dulu, lagipun abang sibuk kerja, sayang cuma nak buat hilang bosan duduk rumah, sayang tahu batas batasnya". Pinta isteriku. "Laki ke pompuan?", tanyaku. "Laki, lagipun dia tahu kita dah kawin", balas isteriku. Oleh kerana percaya pada isteriku dan pendiriannya, tanpa berfikir panjang, aku mengizinkan...